06 June 2020
Memang ada Magisnya....
Selesai sudah melayan Haura. Sebuah cerita yang menarik. Bertemakan agama, kekeluargaan, dan kasih sayang.
Pada mulanya aku menyangkakan novel ini adalah "titik lemah" RAM. Sejak dibeli pada bulan Februari tahun, novel ini tidak aku sentuh. Aku kehilangan nafsu untuk membacanya. Aku beranggapan sentuhannya mestilah sama dengan karya-karya sebelumnya. Novel ini dibiarkan sahaja dalam keadaannya yang masih dibaluti plastik. Hanya tersusun rapi di rak buku bersama-sama dengan koleksi novel RAM yang lainnya.
Hanya pada minggu lepas aku memulakan pembacaannya. Itu pun sebelum tidur sebagai suatu "juadah" agar mataku mengantuk. Tetapi lain yang jadi apabila mata ini terus segar dan aku mampu meneruskan pembacaan sehingga ke beberapa bab. Saban malam aku tidur pada jam 2 pagi. Itu pun terpaksa dihentikan juga buat sementara waktu. Kemudian bersambung pula pada malam-malam seterusnya.
Rupa-rupanya sangkaan aku melesat sama sekali. Daripada satu bab kepada satu bab yang seterusnya aku dihambat dengan perasaan teruja untuk membongkar rahsia tentang siapakah Haura. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik rahsia. Segala permasalahan telah dirungkaikan dengan baik. Penjelasan tetap ada sehingga menjadikan kesudahan novel ini sesuatu yang tidak diduga sama sekali.
Pada perkiraanku novel ini sangat sesuai sekiranya diangkat menjadi sebuah filem atau paling tidak pun sebagai drama bersiri. Cuma syaratnya isi dan jalan penceritaan perlu dikekalkan dan tidak ditokok tambah atau diubah kerana itulah sebenarnya kekuatan yang ada kepada hasil karya Ramlee Awang Murshid.
Stranger...Haura The Little Angle... Haura The Little Star... adalah rahsianya
P/S : Nasi Lemak Sambal Sotong... Teh Tarik...membuatkan aku tidak sabar untuk berbuka puasa hari ke-6 dengan menu ini pada Maghrib nanti. Agak-agak ada ke....
21 May 2020
PKPB Hari Ke-18
Mengikut kata Menteri Kanan Keselamatan dalam sidang media jam 2 ptg, 21Mei 2020. Jika merentas daerah bagi tujuan berhari raya adalah dibenarkan. Menurut beliau pihak berkuasa tidak boleh mengarahkan rakyat untuk berpatah balik (jika pernyataan ini silap harap diperbetulkan).
Tetapi... kita kena pastikan bahawa SOP berhari raya di tempat yang kita kunjungi adalah dipatuhi. Antara SOPnya ialah hanya terdapat tidak lebih 20 orang sahaja yang boleh berada di dalam rumah atau kediaman. Itu pun tertakluk kpd keluasan saiz rumah atau kediaman tersebut.
Andainya pada masa tersebut polis atau tentera meronda dan didapati di luar rumah tersebut terdapat banyak kenderaan (contohnya motorsikal, kereta, kereta kebal, lori, bas dan sebagainya) serta pemeriksaan dilakukan di dalam rumah didapati isi rumah melebihi daripada 20 orang maka tindakan tegas akan dikenakan kepada tuan rumah tersebut.
Persoalannya sekarang. Dalam suasana normal baharu ini perlukah kita pergi berkunjung atau hanya sekadar merayakannya di dalam rumah masing-masing sahaja.
Bincangkan pernyataan di atas. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 150 patah perkataan.
P/S : Macam soalan SPM Bahasa Melayu dulu-dulu pulak.
😊😊😊😊😊
07 May 2020
Pengisian Semasa PKPB Hari Ke-4
Karya Otai Sememangnya jarang mengecewakan....
Aku br menonton telefilem yang bertajuk "Satu Kampung Dua Orang" pada ptg td. Pada mulanya mahu saja aku menekan butang remote utk beralih kpd cerita yg lain. Namun apa yg menybbkan aku membatalkan niat tersebut ialah :
1. Lakonan mantap drpd pelakon yg mmg aku kagumi sejak dr zaman remaja lg iaitu Eman Manan dan Sabri Yunus.
2. Perkembangan plotnya yg perlahan tetapi membongkar sedikit demi sedikit sesuatu rahsia yg tlh dipendamkan sekian lama.
3. Pengakhirannya yg sukar diramal menybbkan aku menjadi tidak sabar utk terus melihat sehingga ke akhirnya. Mmg sesuatu yg tidak dijangkakan sama sekali pengakhirannya begitu.
Ternyata kehadiran Bidin menjadi pencetus terhadap apa yang berada di dalam pemikiran dua org adik-beradik itu selama ini.
Dialog terakhir drpd Buyong mmg meninggalkan kesan terhadap kesudahan jalan cerita ini.
Konsep cerita yg menarik dan mantap.
Tahniah kpd Sabri Yunos yg dpt menyediakan skrip yg mengagumkan.
03 May 2020
PKP Hari Ke-47, Fasa 4.
Bila kerajaan bagi keluar, maksimun....
Seorang (ketua keluarga)... Suami saya tak pandai beli brg. Sepatutnya kerajaan benarkanlah berdua.
Berdua (suami dan isteri)... Kalau kami keluar berdua. Anak-anak nanti mcm mana? Siapa nk jaga?
Berempat (suami, isteri, dan 2 org anak)... Kalau family yg ada 4 org anak mcm mana? Mana nk letak lg 2 org. Kerajaan tak ada otak ke???
Keluar semua. Kalau ada 10 ahli keluarga, sumbat semua dalam kereta. Tak payah dah nak PKP... Kerajaan ni tak pandai mentadbir ke? Nanti abis semua kena covid-19... Kesian frontliners.
Kesimpulannya...buat apa pun salah. Bila mentaliti asyik nk pertikai semua perkara. Maka jadilah masyarakat yang buat itu salah, buat ini pun salah.
Sebab apa...sebab tidak tahu bersyukur dan menghargai. Rasa diri sendiri sahaja yang pandai.
02 May 2020
PKP Hari Ke-46, Fasa 4.
Kesedaran masyarakat sangat penting dalam menempuh tempoh PKPB bermula 4 Mei ini.
Bagi yang perlu keluar bekerja, patuhilah SOP yang telah digariskan. Kita sekarang sama ada suka atau tidak perlu mengamalkan normal-normal baharu. Tidak sama lagi keadaannya seperti sebelum PKP atau sebelum wabak Covid-19 melanda negara kita dan dunia secara amnya. Jaga jarak sosial masing-masing. Kami faham ramai yang menderita semasa tempoh PKP ini terutamanya mereka yang terjejas pendapatannya. Bagi yang menjalankan perniagaan. Berniagalah dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan sesuka hati menaikkan harga jualan. Kita sama-sama bantu-membantu dan memahami kesusahan orang lain. Berniaga perlukan keuntungan tetapi biarlah keuntungan itu mendapat keberkatan Allah.
Bagi yang belum boleh bekerja, keluarlah apabila perlu sahaja. Mulai 4 Mei, banyak premis perniagaan akan dibuka. Itu bukan bermakna kita sesuka hati untuk keluar beramai-ramai dan menyerbu ke premis-premis yang menawarkan pelbagai tawaran jualan murah atau apa-apa tawaran sekali pun. Syarat keluar berdua masing digunapakai. Jangan membawa keluar semua ahli keluarga. Keluar berdua pun sebenarnya bukan suatu yang mutlak. Keluar berdua pun apabila perlu. Jika boleh diselesaikan secara bersendirian, lebih baik keluar berseorangan. Selain itu, SOP-SOP lain seperti beratur masih ada. Malah bilangan pelanggan yang berada dalam premis-premis perniagaan perlu terus digunakan.
Kita perlu ingat bahawa covid-19 adalah bencana di seluruh dunia. Bukan ekonomi kita sahaja yang terkesan tetapi melibatkan juga negara-negara lain. Berjimatlah dan berbelanjalah secara berpada-pada. Beli barangan yang perlu sahaja. Buat simpanan kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Mungkin suatu masa nanti harga barangan akan meningkat kerana penawaran barangan yang semakin menguncup. Malah inflasi juga boleh terjadi. Semuanya tidak mustahil dalam keadaan sekarang.
Baca dan ambil tahu sedikit tentang apa yang berlaku dalam sejarah dunia. Dunia akan mengalami perubahan setiap setiap 100 tahun. Tidak salah pun kan... Sekurang-kurangnya kita boleh mengambil ikhtibar dan langkah berjaga-jaga buat diri kita, keluarga dan masyarakat.
Ingatlah, kerajaan memberikan kita kelonggaran bersyarat (PKPB) untuk menjadikan kita semua warga yang berdisiplin. Mungkin ini juga adalah ujian buat kita sama ada kita mampu mengamalkan normal-normal baharu sekiranya PKP ditamatkan secara total. Gunakanlah peluang ini dengan bijak. Elakkan menjadi seperti monyet yang baru terlepas daripada sangkar. Covid-19 masih ada dan kita belum benar-benar selamat daripada ancamannya.
#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Pijul,