24 May 2008

Assalamualaikum semua,


Lama tak menulis di ruangan blog "Kawan" ni, rasa kekok le, password sendiri pun dah terlupa, mujurlah ada catatan di hp "Kawan" dapatlah juga sign in. Kalau tidak hampeh le jawabnya. "Kawan" skrg berada di Kuala Lumpur, menghadiri majlis pertunangan "Kawan"...Eh, Abang ipar "Kawan" pada tengah hari tadi (Sabtu-24 Mei) di Taman Puchong Perdana. So ,mlm ni tiada apa-apa program, "Kawan" capailah laptop dan broadband ni, dpt jugalah mencoretkan sesuatu, maklumlah idea tgh nak ada ni. Besok barulah "Kawan" kembali ke base station di Ipoh. Bukannya boleh tinggalkan Ipoh lama-lama sangat, rindu pada "tanah air" ni, tempat "Kawan" mencari rezeki sepanjang 14 tahun bertapak di sana.


"Kawan" bertolak ke KL, sekitar jam 2030 mlm tadi (Jumaat). Sempat jugalah QSO dengan beberapa rakan di simplex V99, antaranya 9W2PIZ (Abg Hapiz), 9W2DFA (Ustaz Najdi) dan SWAL KAR (Abg Karim). Audio semakin menurun takala "Kawan" semakin jauh meninggalkan bandaraya Ipoh menyebabkan "Kawan" terpaksa sign off (QRT) dan meninggalkan rakan-rakan yang sedang rancak QSO. Di sepanjang perjalanan, rasa mengantuk menyerang "Kawan" menyebabkan kadangkala pemanduan agak terganggu, nak mencapai ripeter pun kurang menyakinkan, memandangkan ripeter ASTRA di Kledang tidak boleh digunakan.


Apa pun perjalanan terpaksa diteruskan juga, "kargo-kargo" (XYL dan harmonic2) yg teman bawa semuanya telah lena dibuai mimpi.... Melepasi susur keluar Tanjung Malim sekitar jam 2145, "Kawan" sudah boleh mencapai ripeter ASTRA di Genting, dan juga jaluran komersial SCS. Nak mencapai PTT, rasa tak terdaya pula, ngantuknya sangat-sangat. Mujurlah tak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, lagi pun "Kawan" masih boleh mengawal jellopy ni dgn baik.


Setelah melepasi hentian sebelah Rawang, "Kawan" mendengar suara biras "Kawan" iaitu SC3YO (Abg Anuar) memanggil "Kawan" di SLD2. Walau pun "Kawan" bukanlah warga SCS namun Pak Shah (SC1GT) telah memberikan kebenaran utk "Kawan" menggunakan jaluran ini dgn callsign SV5DTL. Rasa mengantuk yg amat sangat semakin hilang setelah "Kawan" turut sama QSO di jaluran komersial ini. Dapat jugalah berkenalan dengan SC3PRA (Abg Di), SC3RD (Abg Rosdi), SC3AL (Abg Anuar) dan SC1WW (Pak Ngah - Kamaruddin). Kebetulan pula SC1WW tgh menguji ripeter SLD2 yg baru dibaik pulih oleh SC2IQ (Abg Ijam). Menghampiri lokasi yg hendak dituju setelah "Kawan" menyusuri susur keluar Subang drp lebuhraya NKVE, "Kawan" bersama SC3YO telah QSY ke jaluran simplex GT bg mendapatkan arah perjalanan menuju ke Taman Medan di Petaling Jaya.


Syukurlah, dengan bantuan SC3YO dan alatan radio ni, "Kawan" telah selamat tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2330. Hihihi...itulah kebaikannya penggunaan radio amatur ni, senang utk mendapatkan bantuan. Jika menggunakan "hp", emmm...entahlah, mau melambung bil, cukup bulan nanti. Gayat juga le, nak membayornya....Petang td sempat jugalah eyeball dengan Sc3HY (Haji Yussof) di Medan selera Bukit Aman. Ada juga dia mempelawa pergi berburu di Gerik, hujung bulan ni. Tp "Kawan" tak dpt nak ikut kerana balik ke kampung halaman di Johor. RUGI BETUIII....!!! Tak dpt jugalah "Kawan" hendak melihat keindahan alam di sana.

5 comments:

Anonymous said...

SALAM...
blh kawan tahu awak di kampung mana di endau tu.kawan pun budak endau juga..kt lembaga..munkin awak qsl..
73..cherio
9w2ext

Pijul said...

"Kawan" kat Batu 1... Insyaallah, Khamis ni (29 Mei) kawan balik ke Johor...

Anonymous said...

QSL...kawan blk ari isnin dpan.amik xyl n harmonics kt kuala lipis terus blk endau..
mana tau nnt blh eyeball ka..kt kuala rompin ada 2 station.9w2tou n 9w2btu. biasa diaorg monitor v20
73 cherios...
9w2ext

Pijul said...

Laaa.. Tak sempat nak eyeball ni, kawan sampai hari ahad je...
apa pun blh call kawan kat hp kawan..Hang kena ka, Mohd Ali anak imam di Felda Endau tu

Anonymous said...

salam..
kawan kenal..mat ali tu..sebaya ngan adik kwn.munkin awak kenal adik kwn..budak smuh gak..skrg mengajar kt ampang kl.ok la aper2 nnt kwn kol la...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .