26 May 2008

Cuti Oh Cuti...

Boring sungguh hari ini, maklumlah cuti. Begitulah nasib guru, menumpang-numpang cuti murid. Kadangkala seronok, kadangkala menjemukan. "Kawan" bangun tidur hari ni agak lewat, agak keletihan slps balik dari Kuala Lumpur semalam. Perjalanan dalam keadaan hujan yang lebat apabila memasuki kawasan Sungai Buloh sehinggalah ke Tapah membuatkan perjalanan menjadi perlahan. "Kawan" terpaksa memandu dengan kelajuan tidak melebihi 80 km sejam, bimbang berlaku kejadian yg tidak diingini. Had pandangan pula agak terhad ditambah keadaan jalan raya yang agak licin membahayakan setiap pemandu yang kurang mengambil langkah berjaga-jaga. "Kawan" apatah lagi, bila memandu dengan kelajuan sebegini mulalah datang keboringan. Tapi demi anak-anak dan XYL, "Kawan" terpaksalah mengambil langkah berhati-hati.

Hajat hendak QSO dengan rakan-rakan di ripeter Genting pulak tak kesampaian kerana keadaan sebegini. "Kawan" selamat sampai di Ipoh sekitar jam 1915, selepas selesai menunaikan "Yang Wajib", kami pergi mengisi perut, dan kemudiannya balik ke base station sekitar jam 2030. Mata ni pulak rasa mengantuk yang amat sangat. Cadang nak melelapkan mata seketika sehingga jam 2300, tetapi bila dunia menjadi gelap gelita, "Kawan" sedar-sedar sudah pagi. Lena diulit intan sungguh, tambahan pula dapat mimpi baik punya, tapi bukanlah mimpi nombor ekor....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .