26 May 2008

Cuti Oh Cuti Part 1...

Sambil-sambil melayari blog rakan-rakan radio amatur ni, sempatlah juga "Kawan" melihat gambar-gambar yang diambil semasa pergi ke Cemeron Highland bersama-sama dengan SC3YO / SWAL WDL (Abang Anuar). Beliaulah yang beria-ria mengajak "Kawan" sekeluarga ke sana, siap sewakan apartment lagi. Ikutkan, badan "Kawan" ni bukannya sihat sangat, demam dah berhari-hari, susah nak pulih sepenuhnya. Tapi demi memenuhi ajakan beliau, terpaksalah "Kawan" gagahi jua. Mujurlah nasib kami baik, ada apartmen kosong, jadi pada hari Ahad (18 Mei), dapat jugalah bermalam di sana. Di sana sempat juga, "Kawan" QSO dengan 9W2YR (Pak Yob) dan 9W2MJN (Cikgu Nordin) di simplex 32 semasa dalam perjalanan pulang ke Ipoh pada petang Isnin. Walaupun cuma sempat 2 over saja, tapi cukuplah, dapat juga mengetahui perkembangan rakan-rakan Radio Amatur di sana. Mereka pun dalam perjalanan untuk menyelenggarakan ripeter Brincang.

SC3 YO dengan harmonic-harmonicnya



Gambar dua kuntum bunga yang sempat dirakamkan senja-senja tu, mujur jadi...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .