15 June 2008

Vee 99 dan Aktivitinya...

Pameran Radio Amatur di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said, Ipoh, Perak
Tarikh : 14 JUN 2008
Masa : 0900H hingga 1500H

Antara detik-detik yang sempat dirakamkan sepanjang program tersebut berlangsung.

Alatan-alatan yang dipamerkan untuk tatapan para pengunjung


Kelibat para petugas yang setia dan tabah melayani kerenah para pelawat. Terdapat juga pelajar yang berani mencuba QSO. Kiranya dapat mengenalpasti para pelapis yang akan mengembangkan lagi hobi Radio Amatur pada masa hadapan.

Masa balik ke base station, "Kawan" melalui jalan baru yang merupakan jalan susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jelapang. Pemandu dari Ipoh perlu mengikuti jalan menghala ke Taman Meru Raya. Kemudian memasuki simpang tersebut dan akan melalui jalan ini untuk masuk ke lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur. Jalan cantik, sesuai sangat untuk kaki "speeding". Tapi kalau terlingkup, tanggung sendiri le, "Kawan" tak nak campur...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .