09 June 2008

Cuti Oh Cuti Final Episode...

Cuti sekolah telah pun berakhir, menandakan "Kawan" pun kenalah ke sekolah juga. Sudah bertahun-tahun "Kawan" bersekolah, sejak dari umur 5 tahun bermula di tadika, Kemudian 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun lagi di sekolah menengah, 2 tahun pula di form 6, dan sehingga kini "Kawan" masih terus ke sekolah. Cuma skrg ni sebagai tenaga pengajar dan bukannya sebagai pelajar.
Kata seorg teman, cuti ni "Kawan" banyak berjalan. Kebetulan agaknya, bulan 5 kali ni memang banyak pergerakan yg menyebabkan "Kawan" telah meninggalkan base station dan menuju ke sesuatu-sesuatu destinasi. Bermula dgn ke Cemeron Highland, slps tu ke Kuala Lumpur, balik pula ke kg halaman di Johor dan akhir sekali balik pula ke Bagan Datoh. "Makan angin aje..." begitulah kata teman "Kawan" ni. Hihihihi...
Pegerakan terakhir ialah pd hari Jumaat yg lps, di mana "Kawan" dan family balik ke rumah mentua di Bagan Datoh. Sambil drive tu sempat jugalah "Kawan" mendengar rakan-rakan QSO. Semuanya ceria dan mengembirakan. Kali ni "Kawan" tak QSO, cuma sempat masuk ke jaluran SLD2 utk bertanyakan QTH terkini Abg Nuar. Itu pun "Kawan" dah hampir sampai ke tpt yg dituju. 1 over aje, lps tu terus QRT.
Hari Ahad sekitar 1430H, "Kawan" bergerak balik ke Ipoh. Sempat menghantar adik ipar ke rumahnya di Kuala Kangsar dan selamat mendarat di Klebang Putra sekitar 1730H. Maka berakhirlah sudah percutian kali ni. Mungkin slps ni, "Kawan" kena budjet perbelanjaan utk makan angin ni kerana minyak agak mahal skrg ni. Memerap di rumah ajelah...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .