Sekalung tahniah dihulurkan kepada Team 9W2PPR, 9W2LKE, 9W2PSP dan SWAL AGP yang telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan "Tresure Hunt 2008" anjuran PARTS yang telah selamat dijalankan pd Ahad 3 Ogos yang lepas. Team yang sepatutnya "Kawan" wakili, tetapi disebabkan terdapat urusan keluarga di Kuala Lumpur "Kawan" terpaksa berada di sana. Mengikut perancangan, "Kawan" akan bergerak balik ke Ipoh pd sabtu malam selepas Maghrib. Namun disebabkan masalah kesihatan, "Kawan" terpaksa membatalkan perjalanan pd malam itu. Mujurlah rakan-rakan "Kawan" berjaya mendapatkan penganti untuk mencukupkan kuota. Rasa ralat juga di hati tp apakan daya mungkin tiada rezeki untuk turut sama bergelar johan atau pun kalau "Kawan" ada, team tersebut pulak yg tak menang. Apa pun tahniah kepada mereka dan kepada rakan-rakan yg tidak berjaya, jangan putus asa. Insyaallah pada pertandingan-pertandingan lain boleh mencuba lagi. Tak lupa juga sekalung tahniah dihulurkan kepada pihak penganjur, Pirate Master serta krew-krewnya yg telah bertungkus lumus utk menjadikan suatu impian menjadi kenyataan.
Adios... Cerios... Bye-bye...
No comments:
Post a Comment