12 August 2008

Lambaian Besout 4

Pada hari ahad yg lalu, buat pertama kalinya sejak menjadi ahli keluarga VEE99, "Kawan" bersama-sama dengan XYL dan harmonic2 telah berpeluang mengikuti konvoi VEE99 ke sesuatu lokasi. Mungkin disebabkan rasa kerinduan yang memuncak kepada rakan-rakan menyebabkan "Kawan" terbuka pintu hati utk mengikuti konvoi tersebut. Maklumlah "Kawan" agak lama juga menyepikan diri drp rakan-rakan. Bukan kerana merajuk atau pun terluka hati, cuma merasakan "Kawan" ingin berehat dan menyendiri sambil-sambil mencari angin baru utk hobi tercinta ini.
Destinasi kali ini ialah ke Felda Besout 4, di mana SWAL MUZ (Abg Muz) telah menjemput seluruh ahli VEE99 ke kenduri perkahwinan adik iparnya. Semua rakan-rakan telah diarahkan berkumpul di Simpang Pulai pada jam 1000H dan pergerakan akan dibuat tepat jam 1100H. Memandangkan "Kawan" agak terlewat, "Kawan" mengambil keputusan utk memantau rakan2 melalui jaluran VEE99 di samping cuba mendapatkan rakan-rakan yg telah bergerak dahulu. Tekaan "Kawan" rupa-rupa meleset, kerana mereka rupa-rupanya masih berada di belakang. Melalui susur keluar Gopeng drp Lebuhraya Utara Selatan, "Kawan" mengambil keputusan utk menunggu ketibaan rakan2 konvoi di jalan lama Gopeng-Kampar.
Syukurlah, "Kawan" akhirnya berjaya bergabung dgn rakan2 konvoi dan meneruskan perjalanan utk menakluki Felda Besout 4. Sebanyak 8 buah jeloppy telah membentuk formasi konvoi yg menarik di sepanjang perjalanan dan yg pastinya mendapat perhatian drp para pengguna jalan raya yg lain. Kami tiba di sana sekitar jam 1230H. Dengan lauk pauk yang terhidang, ditambah pula dgn dendangan lagu-lagu keroncong daripada perut masing-masing, kami semua menjamu selera terlebih dan selepas itu mendengar nyanyian karaoke drp para penyanyi amatur. Sekitar jam 1500H, kami bergerak meninggalkan Felda Besout 4 menuju kembali ke Ipoh. Terima kasih tidak terhingga kepada SWAL MUZ dan 9W2SBI yang telah memberi layanan yg sungguh istimewa kepada kami. Konvoi mulai berpecah setelah menghampiri Simpang Pulai dgn masing2 bergerak ke base station masing.

Tahniah kepada semua yg mengikuti konvoi, terbukti kita semua masih "Satu Jiwa Satu Hati" utk kelab VEE99. Ariibaaa!!!
Perjalanan menuju ke Besout. Lokasi di jalan Kampar-Tapah
Berehat sambil berbual-bual dgn rakan, sementara nama dipanggil utk me"sumbang"kan lagu. Hihihi... Jgn marah haaa, nanti kena jual.
Pergerakan pulang ke Ipoh, setelah masing-masing kekenyangan. Masakannya mmg mantap dan membuka selera, rasa mcm nak kahwin plk kat Besout. Eh, silap!!! Nak pergi ke kenduri kahwin rakan-rakan lagi. Hihihi...

2 comments:

Anonymous said...

SWL MUS tu sapa? kot2x saya kenal. Kalau ikut lokasi rumah dalam gambar tu... yang kawin tu nickname dia ANA(lelaki). betul tak?

Dulu saya pernah menetap di besout 4. sekarang saya belajar di IP teknik, cheras. minggu ni last praktikum d SK Seri Besout. Kuartes sini best. boleh dapat 3 siaran tv indonesia bila kita siaran tengok ntv7 macam tergangggu.. tu sign propogation tu..

9w2pit handle Afiq
ibnu_imam@yahoo.com

Pijul said...

Salam Contact Perdana kepada anda Afiq (9W2PIT). TQ kerana sudi menjengah ke blog "Kawan". Rumah tu, rumah mentua kepada abg Muz. "Kawan" pun tak pasti siapa pengantinnya, tetapi kiranya majlis menyambut menantu jgk le tu...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .