Masih lagi dalam mood exam, maklumle dalam minggu exam le katakan. Selepas berakhirnya UPSR, para pelajar Tingkatan 3 di seluruh negara akan menduduki PMR. Setelah itu diikuti pula dengan SPM dan yang pastinya STPM turut menjengah sama. Semua ini adalah sebahagian daripada prosedur yang perlu dilalui oleh para pelajar. Perbezaannya hanyalah pada tahap soalan yang disesuaikan dengan keadaan para pelajar. Exam SPM dan STPM dianggap penting kerana exam inilah yang akan menentukan masa depan dan arah tuju pelajar selepas ini. Jika berjaya, harapan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi akan boleh dicapai. Tetapi jika sebaliknya, para pelajar boleh le menceburi bidang dan alam yang baru iaitu tercebur ke sektor pekerjaaan. Perkara paling penting, apa pun keputusannya para pelajar ini akan menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsanya.
Exam yang terdekat ialah exam "Morse Code" iaitu pada 24 September 2008. Sebelah pagi akan diadakan ujian penerimaan manakala pada sebelah petangnya pula ujian penghantaran. Suatu exam yang benar-benar mencabar dan tidak tercapai oleh akalku. Perlu ada skil kemahiran menghantar dan mendengar isyarat morse. Jika berjaya bermakna dapat le di"upgrade"kan dari 9W... kepada 9M... jika sebaliknya terpaksalah mengambil exam tersebut pada tahun hadapan pula. Apa pun "Good Luck" kepada semua calon- calon yang akan menduduki exam tersebut.
No comments:
Post a Comment