09 September 2008

Lagi Lagi Pasal Exam...

Sambil mengawasi murid yang menduduki exam UPSR, "Kawan" terfikir betapa hidup kita ini rupa-rupanya dipenuhi dengan exam. Semenjak dilahirkan ke dunia ini sehinggalah umur "Kawan" sekarang, rasanya dan berpuluh exam yang telah ditempuhi. Antara exam-exam besar yang "Kawan" ingat ialah Penilaian Darjah 5, SRP, SPM, dan STPM. Itu pun belum lagi diambil kira, exam-exam semasa di maktab dan di universiti. Hendak memiliki AA dalam Radio Amatur pun perlu menduduki exam jugak. Selagi tak lulus, selagi itulah, kita tidak akan berpeluang memiliki callsign yang sah. Exam yang terbaru "Kawan" hadapi ialah Peperiksaan PTK pada bulan Ogos yang lalu. Selepas ini entah le, exam apa pula yang akan ditempuhi. Begitulah tanpa kita sedar, exam sebenarnya memainkan peranan dalam hidup kita. Tanpa 'exam', siapalah kita. Alamat duduk takat itu ajer ler.

P/S : Kalau tak ada 'exam' alamatnya tak adalah jawatan doktor, jurutera, guru dan sebagainya. Susah juga hendak menentukan kelayakan sekiranya exam tiada di dunia ini.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .