Mulai hari ini sehinggalah hari Khamis nanti, "Kawan" telah ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan UPSR di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di Chemor. Syok juga memerhatikan mereka menjawab soalan. Pelbagai ragam dan karenah boleh dilihat. Bagi yang telah mempunyai persediaan yang cukup, kelihatan mereka tenang semasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, manakala bagi kurang persediaan, mereka kelihatan resah dan terpingga-pingga. Mereka seolah-olah mengharapkan keajaiban tercipta agar boleh menjawab soalan tersebut dan dapat lulus dangan jayanya. Agak-agaknya beginilah ragam yang dipamerkan sebahagian daripada kita dan tidak terkecuali "Kawan" semasa menjawab soalan Ujian PTK pada bulan Ogos yang lalu. Kita tak perasaan tetapi orang di hadapan dapat melihat gelagat kita. Di sinilah terserlah perwatakan seseorang sama ada bersedia atau mengharapkan tuah semata-mata.
P/S : Baru soalan dunia, kita dah terpingga-pingga, gelabah tidak tentu hala. Bagaimanalah nanti yek, apabila nak menjawab exam di Alam Barzakh. Boleh ke lulus dengan cemerlang jika berdasarkan amalan yang dilakukan daripada akil baligh sehinggalah sekarang...
No comments:
Post a Comment