23 September 2008

Rakan-rakanku, Jangan Lupa Tau...

Dalam kesibukan aktiviti-aktiviti di sepanjang Ramadhan ini diharapkan rakan-rakan tidak melupakan pula tanggungjawab yang satu ini. Jadi semak-semaklah berapakah kadar fitrah anda pada tahun ini...

P/S : Johor RM6.50, Perak RM7.00. Rupa-rupanya mahal harga beras di Perak ni yer. Thn dpn nak kena balik Johor le nie... Hihihi...

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

La ni senang nak bayar zakat.. Kat shopping centre pun ada yang menanti.

p.s Dah bayar dah sewaktu ke TESCO ST. 18 :)

Pijul said...

To Kak Yong : Aduhai... malunya, Kak Yong dah bayar dulu. "Kawan" ni blm bayar2 jugak...Malau...Malu...

P/S : Nie tgh tutup muka dgn kulit malu sbb malu...Ishh...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .