18 September 2008

Sejenak Terfikir Akan Kebenarannya...

"Kawan" tertarik dengan QSO di antara A dan B di salah sebuah repiter yang boleh dicapai di Ipoh. Mereka berdua merupakan nama-nama besar yang sering mewarnai jaluran radio amatur. "Kawan" memang respect pada dia orang nie, kerana tidak jemu-jemu pada hobi nie. Sanggup pula mengeluarkan wang, tenaga dan masa untuk memperbaiki repiter walau pun nun jauh di puncak gunung. Semakin lama, semakin bersemangat. Semangat yang diharapkan dapat diwarisi kepada generasi-generasi baru terutamanya "Kawan" sendiri.

Melalui QSO tersebut, "Kawan" mendengar keluhan mereka ttg sikap rakan-rakan baru Radio Amatur yang tersangatlah berbeza jika dibandingkan dengan generasi-generasi terdahulu. Manakan tidak, dahulu jika berselisih atau bersua di mana-mana masing-masing akan memberhentikan kenderaan. Selepas tu bersalam-salaman tanda persahabatan telah terjalin. Paling kurang pun jika tidak berhenti mereka akan menghulurkan senyuman sebagai pengganti. Suatu keadaan yang begitu berbeza sekarang, usahkan nak bersalaman memandang muka rakan pun belum tentu lagi, wp kelihatan antena panjang berdepa-depa di belakang jellopy.

"Kawan" sendiri pernah mengalami pengalaman sedemikian. Pernah juga terserempak dgn rakan-rakan HAM yang buat "donno" ajer. Sekali tu, masa "Kawan" tengah bereyeball dengan rakan HAM drp Taiping. Rakan seorg nie melalui kws tersebut. Nak dikatakan tak perasaan rasanya mustahil sbb jellopy "Kawan" berada di tepi jalan siap dgn callsign lagi di belakangnya. Jgnkan nak menoleh malah menjawab panggilan teman di simplex pun tak nak. Bukannya apa, kut yer pun nak cepat singgah-singgahlah sekejap berkenalan dgn tetamu daripada Taiping nie, alah bukannya apa setakat bersalam-salaman ajer. Dah selesai tu, teruskanlah kerja yang nak dibuat pun.

Benar juga kata salah seorang rakan tersebut (dalam QSO td), kita perlu memikirkan tujuan kita menceburi hobi ini. Jika setakat org lain nak guna radio, awak pun nak guna juga rasanya baik tak payah le. Dengar radio ERA atau pun SINAR lg baik, hiburan dapat informasi pun berlambak. Bagi pandangan "Kawan" kita menggunakan radio ini untuk berkawan dan bukannya nak sombong tak tentu pasal...

Kadang-kala kita kena berfikir dan menerima teguran, walaupun terkena pada "batang hidung" sendiri.

P/S : Calling Channel ialah V40 - 1455000MHz. Sama-samalah kita menggunakannya untuk memanggil rakan-rakan semasa terserempak di mana-mana. Selepas itu, QSY lah ke mana-mana simplex yang kita suka untuk meneruskan perbualan. Bak kata 9W2SBD dlm blognya, "Adakah ianya boleh menjadi amalan kepada standard untuk operator radio amatur di Malaysia…" Jadi sama-samalah kita berfikir akan kewajarannya.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .