18 September 2008

Virus Melanda...


IPOH - Rakan-rakan Ham di Ipoh kini telah dilanda sejenis virus yang dikesan mula menular baru-baru ini. Virus yang dikenali sebagai "Virus Kayuh" itu telah hinggap kepada beberapa orang rakan HAM yang kemudiannya semakin berjangkit kepada rakan-rakan yang lain. Penawar yang ditemui ialah memiliki sebuah basikal, peralatan yang cukup, dan bersedia membuat kayuhan bersama-sama rakan lain mengelilingi bandaraya Ipoh setiap Jumaat dan Sabtu, bermula jam 2300H. Setakat ini terdapat lima atau enam stesyen yang telah parah dijangkiti virus ini dan mereka telah berjaya membuat tiga sesi kayuhan malam. Dijangka mereka akan menambah lagi jarak kayuhan kerana jarak yang sedia ada dirasakan semakin pendek dan tiada langsung cabarannya. Menurut 9W2YIN, beliau seringkali tidak berasa puas dengan jarak yang ada dan meminta ditambahkan lagi jarak tersebut. Jadi terpulanglah kepada Comitee Mambers yang dianggotai oleh 9W2NNL, 9W2RKM, 9W2DFA dan 9W2SBD untuk menimbangkan permintaan tersebut. Diharapkan virus sihat ini akan segera menjangkiti rakan HAM Ipoh yang lain agar turut sama memulakan kayuhan malam yang dijadualkan pada Jumaat - 19 Sept, bermula di Anje Club. Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai Virus Kayuh ini diminta mendekatkan diri anda dengan mereka ini. Anda akan merasai keseronokannya dan cabaran kerana tiada virus lain yang seistimewa ini.


P/S : Gila naik basikal malam-malam tak apa, lebih baik daripada jadi gila pergi ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya hingga memudaratkan diri. Jadi apa tunggu lagi rakan-rakan. Moh kite, Jumaat ini, jumpa anda di sana....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .