15 October 2008

Kena Tunda...

Sabtu lepas, "Kawan" bersama dengan family telah turun ke KL. Pertamanya kerana memenuhi undangan open house biras "Kawan" dan yang keduanya yang merupakan sebab yg paling utama ialah untuk mengambil beg pakaian harmonic yg telah dibawa oleh biras "Kawan" sehingga ke KL. Maklumlah, dia org agak kelam kabut utk pulang ke KL jadi tanpa sedar beg haromonic "Kawan" pun dicekupnya. OTW ke KL tu, sempatlah "Kawan" menjelajah repiter QSO dengan beberapa orang rakan. Di repiter ASTRA Genting, "Kawan" sempat QSO dengan beberapa org rakan dari selatan tanah air. Selepas itu, "Kawan" QSY ke jaluran komersil QSO pula dengan SC2XX (Sarip), SC3AH (Hadi), dan SC3RD (Pak Dee).

Sebelah petangnya pula "Kawan" bersama-sama dengan biras (SC3YO) berkunjung ke rumah 9W2JQQ (Razif). OTW tu jugak berkesempatan menggunkan calling channel V4o. QSO dengan 9W2SHR (Shah) dan 9W2VVH (Cikgu Khusyairi). Di base station Abg Razif bertemu pula dengan 9W2SMH (Mazlan), XYL nya iaitu 9W2MHQ, dan kemudiannya SC3SQ (Helmi) yang baru tiba di saat kami nak bergerak pulang. Malamnya pula ke open house SC3HA, sempat le juga bertemu dengan Pak Long (9W2SHC/SC1GT). dan beberapa kenalan-kenalan lain.

Pengalaman paling menarik ialah semasa "Kawan" bergerak balik ke Ipoh keesokan harinya. Manakan tidak, kurasakan panas sampai ke petang,rupa-rupanya tersadai di pertengahan jalan. Selepas melepasi susur keluar ke Tapah, jeloppy "Kawan" mengalami masalah. Jalan penyelesaiannya ialah jeloppy "Kawan" terpaksa ditowing oleh trak PLUS sehingga ke Simpang Pulai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9M2EMI (Shuhaimi) yang telah membantu menghubungi PLUS dan tak lupa kepada 9W2JOI (Zul) atas maklumat tentang bengkel kereta di Simpang Pulai. Kalau tidak, tak tahu le ke mana "Kawan" nak tuju...

1 comment:

Anonymous said...

Sabo lah yop, tman pun pernah kene, abis minyak, lepas tapah tunda ke gpeng, masa tu bawak aweks plak tu... dah jadi bini org aweks tu... teman dah ade pun masa tu,khhhh... seronok gak

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .