15 October 2008

XPDC Berakit...


Team "Kawan" : Dari kanan, 9W2ACB, Cikgu Dollah dan 9W2WSA

XPDC bermula pada 8 dan 9 Oktober di Sungai Perak dari Padang Ragut Cegar Galah ke Kem Kota di Layang-layang Kiri. Disertai oleh rakan-rakan guru dari seluruh negeri Perak. Kebanyakannya juga merupakan rakan-rakan Radio Amatur seperti 9W2ACB (Cikgu Azmi), 9W2ZLA (Cikgu Azizal), 9W2AKZ (Cikgu Azlan), 9W2ZZR (Cikgu Zaki), 9W2WSA (Cikgu Wan), 9W2BBJ (Cikgu Bustam) dan beberapa lagi yang "Kawan" terlupa callsignnya. XPDC yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. Peringkat pertama bermula pada pukul 0830H dan tiba di JPS Kuala Kangsar pada jam 1130H. Sekitar 1345H meneruskan kembali dan tiba di SK Kuala Kenas pada jam 1645H. Keesokan harinya xpdc diteruskan lagi sehingga ke Jambatan Nordin di Tanjung Blanja dan pada sebelah petangnya terus ke titik penamat di Kem Kota. Seronok, letih, "sun burn" semuanya ada. Paling utama pengalaman tidak boleh dibeli...
Rakit yang dihasilkan dengan menggunakan PVC dan pelampung
Jambatan Karai
Jambatan Kuala Kangsar - Ipoh (jalan lama)
Jambatan Kuala Kangsar
Jambatan Lebuhraya Utara Selatan
Jambatan Tanjung Blanja
9W2FTB (Faizul) dan 9W2IPT (Pak Idris) yang berbesar hati menyambut ketibaan kami di Tanjung Blanja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Seronok, teman x terkilan juga sbb anak lebih utama kansss. Teruskan usaha. Handy teman ada masalah, x bleh dengar audio kalau setting,sedih.... Rig,PJM ambik repair, x siap2, ada cadangan lain ke?

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .