Pertemuan dengan Kak Ainal di Bilik Kebal SMK Dato Hj. Mohd Taib membuatkan "Kawan" terkenang kembali kenangan-kenangan semasa terlibat dalam sukan berkuda. Orang sekarang memanggilnya sukan equestrian, suatu sukan yang dikaitkan dengan golongan-golongan elit. Rasa bertuah juga dapat terlibat dalam sukan tersebut atas tiket Jurulatih Kelab Pony Perak bagi melatih murid-murid mendekati sukan ini. Semuanya atas inisiatif Majlis Ekuin Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Agak terkilan juga kerana sukan ini kurang diberikan perhatian oleh sesetengah pihak atas bebagai alasan. Hampir 4 tahun, "Kawan" bergelumang dengan sukan ini di samping itu juga berpeluang untuk mempelajari beberapa disiplin dalam sukan equestrian seperti Dressage dan Jumping. Turut serta dalam beberapa pertandingan di kelab-kelab equestrian di Kuala Lumpur dan Ipoh. Memang menyeronokkan dan yang paling diingati ialah pengalaman jatuh daripada kuda. Sakit memanglah sakit, tapi itulah sebenarnya lesen apabila menceburi sukan ini. Satu lagi pengalaman menarik ialah terlibat dalam prade pada 2004 sempena National Horse Show di Ipoh. Berkuda mengelilingi bandaraya Ipoh dan keesokan harinya menatap gambar-gambar yang terpampang di akhbar-akhbar...
P/S : Jika sekarang nie masih terlibat dengan sukan ini, rasa-rasanya mahu guna handy, QSO dengan rakan-rakan Radio Amatur sambil menunggang kuda di Kelab Pony Perak yang juga dalam kawasan Perak Turf Club.
28 November 2008
Sesekali teringat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku...
SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul,
Pijul,
Ipoh , Perak .
1 comment:
uiks...
dulu kuda pony...
sekarang kuda kepang...
kuat kuda-kuda cikgu nih...
hehehehehe
Post a Comment