27 November 2008

Hari yang menyengalkan...


Kelmarin (Rabu) merupakan hari yang paling menyengalkan bagi "Kawan". Manakan tidak bermula daripada awal-awal pagi, tanda-tanda kesengalan telah bermula. Akhirnya kesengalan itu memuncak apabila jellopy "Kawan" mengalami masalah untuk dihidupkan. Mujur juga "Kawan" berada di pusat peperiksaan SMK Dato Hj Mohd Taib, kalau di tempat lain... Entahlah... Jalan penyelesaiannya, "Kawan" meminta bantuan daripada 9W2ACB yang masih berada di Chemor. Pening juga memikirkan punca kerosakan tersebut walhal pada mulanya "Kawan" menjangkakan masalah berpunca daripada bateri. Setelah diuji , ternyata bateri tersebut masih berkeadaan baik dan pomen terpaksa dipanggil. Setelah puas meng"godek-godek", pomen tersebut berjaya menemui punca permasalahannya yang disebabkan oleh "conector" di bateri. Tak sangka memang pomen le pomen tersebut.... Hihihihi....

P/S : Berjumpa dengan Kak Ainal di sekolah tersebut. Beliau merupakan team "Kawan" semasa terlibat dengan sukan berkuda kira-kira 3 tahun yang lepas. Ada juga pelawaan daripada beliau agar "Kawan" kembali aktif tapi "Kawan" terpaksa menolaknya kerana sekarang nie pun "Kawan" dah terlebih aktif. Nasib baik tak "hyperaktif", kalau tak lagi sengal....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .