12 December 2008

DGG Dah Merasa...

Malam ini "Kawan" dengan XYL sudah nekad untuk membawa harmonic-harmonic mencuba shuttle Ipoh- Kuala Lumpur. Khabarnya tiket boleh didapati sejam sebelum perjalanan. Kali ini, biar mereka merasai pengalaman menaiki keretapi. Lagi pun tengah ada "offer" dengan harga yang berpatutan. Jadi apa salahnya mencuba..

P/S : Nak juga cuba membuat ujian pemancaran daripada keretapi. Kalau tak boleh simplex, mencapai repiter Astra di Genting pun sudah memadai. Handy dan segala peralatan telah "ready", cuma menunggu masa dan ketika sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Teruskan usaha bro, boleh bg tau nnti caranya. Teman baru balik dari Tawau bah,seronok dpt naik ktbg percuma..abis 600 gak..

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .