15 December 2008

Di Hadapan itu Kepalanya...

Sempat mengambil gambar kepala keretapi walau pun daripada belakang. Jika diambil daripada hadapan, sudah pasti di dada-dada akhbar hari ini terpapar tajuk " Dot... Dot... Dot...". Dipendekkan cerita, faham-faham sajalah sendiri. "Kawan" dan keluarga selamat tiba di Stesen Keretapi Besar Ipoh pada pukul 1800H. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam daripada Kuala Lumpur. Semasa di Stesen Keretapi Kuala Kubu Baru "Kawan" cuba membuat pemancaran ke jaluran komersil tetapi cuma sempat untuk "1st over" sahaja, kemudian terus gagal untuk meneruskan QSO. "Kawan" hanya mampu memantau sehingga ke Tanjung Malim sebelum terputus isyarat. Begitu juga dengan repiter ASTRA di Genting Highland, isyarat terus senyap sunyi setelah melepasi Stesen Keretapi Rasa. Mungkin di lain kesempatan jika menaiki keretapi lagi ke Kuala Lumpur, "Kawan" perlu meletakkan "Magnet Mount" di atas bumbung keretapi. Barulah 5 dan 9 keputusannya...

P/S : Tak sempat nak "post" semalam. Letih sangat-sangat. Sekitar jam 0030H, XYL "Kawan" mengadu sait perut yang amat sangat. 0230H, "Kawan" terpaksa membawanya ke klinik yang berhampiran. Mujurlah selepas diperiksa oleh doktor keadaannya semakin pulih. Balik ke rumah, barulah "Kawan" boleh melelapkan mata...

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kerana berjaya, mike dulu drp teman, ari ni cdg nak pi langkawi ngan keluarga.. jalan2.Jaga xyltu baik2...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .