06 January 2009

Boringnya...

Masih berada di rumah walau pun sesi persekolahan telah dibuka. Maklumlah MC yang diberi adalah 2 hari. Tapi rasanya besok nak kena ke hospital semula untuk sambung lagi MC. Nak buat macam mana, luka pun belum sembuh sepenuhnya terutamanya di bahagian lutut. Jalan pun dah macam "Si Bongkok" dalam filem Sumpah Orang Minyak.

Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Sebagai hamba, kenalah "Kawan" banyak-banyak bersabar.

P/S : Tapi bila dikenang-kenang kembali pasal kemera yang dah arwah tu sedih jugak. Nak cari macam tu rasanya melayanglah jugak riban-riban, Ishhh... nak kena balik kampung ni. Boleh pergi mendulang emas kat Sri Pantai. Mana tau dapat berkilo-kilo emas. Boleh beli kemera baru dalam 10 biji ke...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .