05 January 2009

Malang Tidak Berbau...



Hajat untuk bermotorsikal ke Kuala Lumpur tidak kesampaian. 2 KM sebelum tiba di susur keluar Tapah, "Kawan" tiba-tiba telah dihimpit oleh sebuah kereta Satria. Akibatnya "Kawan" telah terpelanting dan bergolek di atas lebuhraya tersebut. Apa yang sempat "Kawan" fikirkan pada masa itu ialah siapakah yang sudi untuk memberikan pertolongan kerana keadaan lebuhraya pada ketika itu lenggang dan tidak banyak kenderaan.

Mujurlah juga pemandu yang melanggar "Kawan" memberhentikan keretanya dan berlari mendapatkan "Kawan" yang sedang terbaring kesakitan. Sambil terbaring, "Kawan" sempat memastikan semua anggota dapat digerakkan, manalah tahu jika ada mana-mana anggota yang patah. Syukurlah "Kawan" hanya luka di bahagian lengan dan di lutut. Seluar jeans yang "Kawan" pakai turut koyak (kiranya jadi rocker la masa tu...).

Pemilik kereta tersebut telah menghantar "Kawan" ke klinik di pekan Tapah untk mendapatkan rawatan. Manakala adiknya yang memandu semasa kejadian itu berlaku menguruskan motorsikal untuk diperbaiki. Mujurlah mereka yang melanggar "Kawan" bertanggungjawab di atas perbuatannya. Kalau tidak entahlah apa yang akan terjadi...

P/S : Hari ini "Kawan" terlantar di rumah. Dapatlah MC 2 hari. Badan masih lagi sengal-sengal serta luka yang dialami di bahagian lengan dan lutut masih lagi berdenyut. Yang paling menyedihkan kamera "Kawan" telah rosak, terpelanting di lebuhraya. Selepas ini tak dapatlah lagi "Kawan" mengambil gambar-gambar antena di base station rakan-rakan. Mahal wooo, kalau murah tak per le... Iskkk...Iskk...Iskk

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .