11 January 2009

MC-DAY Plus 5+2...

Memory Lane...

Kunjungan pertama bagi tahun 2009. Jadilah sebagai pembuka tirai untuk tahun ini. Tahun lepas, kunjungan ke sini boleh dikira dengan jari tangan sahaja. Sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan terutamanya oleh rakan-rakan HAM di Ipoh. Sekiranya bernasib baik, kita akan dapat memperolehi peralatan-peralatan radio HAM "second hand" dengan harga yang paling berpatutan. Selain itu terdapat juga berbagai-bagai barangan lain yang pastinya menarik minat para pengunjung.

Eyeball...

Minum-minum bersama rakan-rakan di sebuah warung di tepi pejabat OUM Cawangan Ipoh. Antaranya ialah 9W2PIZ, 9W2ZCB, 9W2DFA, 9W2VZO, 9W2ZAE, 9W2JOI, 9W2LKE dan SWAL Jon.


Check NET di ASTRA Linking...

NCS dikendalikan oleh 9W2TMT (Abg Yusof B. Subli). "Kawan" berjaya memancar terus ke ripeter ASTRA di Bukit Larut sekitar 1330 dan menjadi pemanggil yang ke-57. Tiada membawa sebarang info, hanya penyertaan sahaja.


Makan tengah hari...

Selepas posting nie le... Makan tengah hari merangkap minum petang sekali...


P/S : Besok pegi sekolah... Kena cari kasut, seluar, baju, beg baru nihhhh!!! Kalau tak malas nak pegi. Hihihi....

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .