10 January 2009

MC-Day Plus 5+1...

Bergerak ke pasar bersama-sama dengan XYL dan harmonic ke-2. Mencari barang-barang basah untuk stok selama seminggu. Hanya menunggu di jellopy sambil melayari website menggunakan wifi percuma yang terbias daripada pejabat-pajabat yang berdekatan. Tajuk panas yang diburu ialah tentang berita yang berlaku di Palestin. Walau pun jauh beribu-ribu batu tetapi sebagai saudara seagama, penderitaan mereka turut dirasai. Hanya perasaan marah dan benci kepada kaum yang bernama Yahudi. Bangsa yang paling tidak mengenang budi sejak dari zaman nabi-nabi. Semoga perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman Yahudi mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Tanggungjawab kita ialah bersama-sama berdoa mengharapkan kemenangan berpihak kepada para pejuang HAMAS dan rakyat Palestin.

ALLAHUAKHBAR !!!

P/S : QSO dengan Ustaz Najdi (9W2DFA). Selainnya hanya memantau rakan-rakan di "local ripeter" Ipoh. Nak "join in" rasanya ketandusan idea...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .