Penatnya berada di base station. Tak tahu nak buat apa. Dari pagi sampai ke petang hanya mampu mengadap PC, melihat website dan blog-blog untuk menambahkan pengetahuan. Sempat juga chat dengan Yop Aziz (9W2YOP) di YM. Kebetulan pula pada masa itu, beliau sedang bertugas di dalam konti Perak FM. Dapat jugalah bertukar-tukar pendapat. Kalau tidak semakin buntulah kepala otak yang hampir beku ini. Sambil menulis ini pun, sambil QSO dengan 9W2YOP dan 9W2ZCB (Zam) di 9M4RIP. Pak Lop (9W2SLJ) sempat "break-in" menyampaikan maklumat tentang Mesyuarat PARTS pada hari Ahad - 11 Jan (2100H) di rumah Wakaf PARTS.
P/S : Bilalah nak sembuh sepenuhnya luka nie. Speda tu pun melambai-lambai jer. Nak berkayuh, lutut tak boleh nak dibengkokkan seperti biasa...
P/S : Bilalah nak sembuh sepenuhnya luka nie. Speda tu pun melambai-lambai jer. Nak berkayuh, lutut tak boleh nak dibengkokkan seperti biasa...
1 comment:
Sabor aje bang, nak hapus dosa kena macam tu la,yg kat palestin lagi teruk.... Masa ni la nak ingat amalan kita, kalau dah sakit nak pi jamaah pun susah, nak buat ibadat pun susah, tapi bila sihat, adakah semuanya kita buat.. Sama2 ingatkan diri saya sendiri dan rakan2. 73
Post a Comment