Hari terakhir MC "Kawan" berakhir. Bonus 2 hari kerana cuti Sabtu dan Ahad. Moga-moga luka yang ada dapat pulih sepenuhnya. Insyaallah, Isnin nanti berkeupayaan untuk menjalankan tugas seperti biasa.
Walau pun MC, QSO di antara rakan-rakan HAM tetap diteruskan. Sekitar 0930H berkesempatan QSO dengan Abg Shahril (9W2RIL) dan Abg Razali (9W2RTH) di 9M4RIP.
Sebelah petangnya pula menerima kehadiran Cikgu SHAHORI (9W2SOJ) di base station "Kawan". Ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan diri berkunjung ke teratak "Kawan" yang tidak seberapa. Sekurang-kurangnya dengan kunjungan rakan-taulan, kesakitan yang dialami semakin berkurangan.
P/S : Kesakitan yang dialami mengingatkan "Kawan" dengan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Palestin. Mereka jauh berganda-ganda menderita jika dibandingkan dengan diri ini. Hanya yang mampu ialah menadah tangan, mengharapkan agar kemenangan berpihak kepada Islam...
No comments:
Post a Comment