02 February 2009

Lambaian Kuala Sepetang...








Setelah selesai melawat anak saudara di Hospital Kuala Kangsar pada petang semalam, kami (Biras-biras dan ipar-duai yang datang daripada KL) terus bergerak ke Kuala Sepetang. Khabarnya mee udang di sana sungguh menyelerakan sehingga terpampang di Majalah 3. Kebetulan pula ada "Mak Buyung" yang teringin, maka terpaksalah diusaha-usahakan.

Lokasi yang kami cari ialah warung Mak Teh. Punyalah ramai manusia sehingga terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan tempat.

Ada seorang Pakcik tu, dia menunggu daripada tidak berjanggut sehingga berjanggut putih pun masih belum-belum menerima makanan yang di minta (sekadar gurauan dan rekaan semata-mata).


Walaupun terpaksa menunggu sehingga berkulat kami tetap sabar menanti. Cuma yang terkilannya terdapat juga spesis manusia "homo sepians" yang tidak sabar. Hidangan orang lain diambilnya. Mungkin pada pedapat spesis ini, perut mereka lebih penting daripada orang lain yang telah menunggu lama. Kalau di Palestin, spesis macam nie sudah lama dihapuskan oleh pengebom berani mati...


P/S : Kadang-kala makanan tu nampak sedap setelah dipromosikan di media massa. Jika tidak, sesiapa pun tidak ambil peduli. Sebenarnya, terpulanglah kepada selera dan citarasa masing-masing untuk menilainya...

Gambar di atas menunjukkan betapa menarik dan tertariknya hidangan sehingga tinggal meja sahaja. Kerusinya habis ditelan oleh peminat mee udang... Hihihi...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .