03 February 2009

Sayap-sayap Baru Bakal Berterbangan...

Keputusan RAE Disember 208 telah pun dikeluarkan oleh MCMC. Kepada yang berjaya selamat menempuh dan menimba pengalaman sebagai warga radio amatur. Mereka sekarang bolehlah memikir-mikirkan "callsign" yang sesuai. Biar gah dan "daboom" serta memudahkan pula rakan-rakan menyebut dan mengingatinya.

Kepada yang kurang bernasib baik, diharapkan tidak putus semangat. RAE akan menjelma lagi pada tahun ini. Pelbagai persediaan boleh direncanakan agar selepas ini anda pula dapat mengikuti jejak langkah mereka yang telah ber"callsign" secara sah.

P/S : Biras "Kawan" iaitu Abang Hairol Anuar turut lulus pada kali ini. Mungkin di kala ini, beliau sedang memikirkan callsign apakah yang ingin dipohon kelak. Adios...

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada rakan2, pesanan bila dah dapat callign jangan monitor aje... kehhhhh.tq lawat my blog

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .