22 February 2009

Tanpa Mereka...







Wajah-wajah "Marshal" yang telah menyumbangkan tenaga mereka semasa kayuhan "Ulang Tahun PARTS Silibin-Tanah Hitam, Chemor". Tanpa mereka laluan akan menjadi terganggu dan pastinya kayuhan rakan-rakan akan tergendala. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka.

P/S : Susah juga jika ingin menjadi para marshal nie. Manakan tidak, terpaksa mengawal laluan yang dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan. Siap berdiri di tengah-tengah pula tu. Kalaulah ada kenderaan yang dipandu oleh pemandu macam tentera Yahudi di Gaza tu... Entah le...

"Kawan" tabik spring kat anda semua 10 kali... 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .