SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN
Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .
Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .
Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .
Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .
Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...
Wassalam ... Adios ... Amigos ...
Pijul, Ipoh , Perak .
6 comments:
sy prnah pg kdai rakan ham ni.. actually di lowyat ada 3 kedai yg jual radio set.. 1 kedai 9w2zdl, 1 lg kdai AMS Multi Supply dan 1 lg kdai yg xde signboard... hrga diorg mahal, melainkan ckgu bleh bckap mandarin/ kantonis untk kowtim dgn diorg. lowyat lbih famous dgn FRS walkie talkie sbnrnya. tonto, peniaga cd pirate n apape yg memerlukan walkie talkie akn cari motorola pnya model (motorola talkabout) ataupun kenwood (vhf), sebenarnya ramai yg jual radio ni, tp mjd masalah jgk bila penjual ni mjual pd mereka yg x btauliah atau kompeten utk kendalikan radio. dkt jalan pasar/ jalan pudu sbnrnya lebih byk kedai2 mjual radio set. carilah apapun, connector, cable, pcb board, smua ada, jalan pasar lebih murah sbnrnya. rakan2 ham yg mjual set radio pun cari mkan, kita x bleh salahkan diorg klu diorg markup harga. pokok pgkal pd kita yg bijak memilih
Pada pendapat saya tak semua brg yang dijual adalah yg asli. Kemungkinan apabila dibeli akan mengalami kerosakan.
TQ...
salam contect perdana dari saya...
hari ni berpeluh jugak nak cari kedai 9w2zdl..
kedai die betul2 tersorok kat blakang..
klu naik tingkat 1 plaza low yat, kene cari kedai YL jual barang2 radio amatuer ni dgn sabar...
Salam..tlg bg alamat kedai..nak cari set radio..
Mana boleh dapat morse key .saya lama mencari.jika ada sesiapa tahu mana kedai nya whatsapp saya 0164201358..di lazada tiada stock.saya memerlukan morse key.
Bateri yaesu vx170 ada tak
Post a Comment