
Insyaallah, sekitar jam 2000 "Kawan" bersama-sama XYL dan harmonic-harmonic akan bergerak ke KL. Mengikut perancangan kami akan berkumpul di Brickfield dan pada hari Ahad bergerak ke Bagan Datoh untuk persiapan Majlis Walimatul Urus di rumah mentua pula pada 15 Mac. Isnin baru bergerak pulang ke base station.
Petang besok sekitar jam 1500 akan diadakan majlis akad nikah untuk abang ipar "Kawan" di rumah pengantin perempuan di Puchong Perdana. Selepas itu, dikhabarkan pada sebelah malamnya pula diadakan majlis berinai. Ahad pula baru bersanding. Punyalah banyak majlis dan yang pastinya "Kawan" kena berulang-alik dari Brickfield ke Pucung Perdana.
Hendak membangkang nanti dikatakan "sembah derhaka" pula... Apa pun hentam sajalah labu....
P/S : Malam ini rakan-rakan di Ipoh membuat kayuhan malam. Tak dapat le "Kawan" nak turut sama. Dahlah lama tak berkayuh malam, bertembung pula dgn majlis keluarga nie. Nak buat macam mana... Dah nasib badan... "Nak cari kayu... Nak cari kayu..." Huhuhu...
No comments:
Post a Comment