
.jpg)
.jpg)
Apa yang telah selamat?
- "Kawan" telah pun selamat kembali ke base station bersama-sama dengan XYL, harmonic dan anak saudara. Mendarat di Ipoh sekitar 2200H. Jumaat nanti, dijangka kembali semula ke Bagan Datoh.
- Gotong-royong sebelum majlis kenduri di rumah metua "Kawan" telah diselesaikan. Fasa 1 semuanya dibereskan. Hanya menunggu fasa seterusnya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad saja.
- Bayaran untuk seekor lembu pun nampak gayanya pun dah di"settle" dan diserahkan kepada tuan empunya lembu.
- Barang-barang pun telah dipesan, tinggal menunggu ketibaannya sahaja. (Tokey kedai tak ada lori, terpaksa menunggu lori lain sampai)
- Katil baru pun dah dipasang, maklumlah untuk keselesaan pengantin baru.
- Pengantin pun sudah selamat diijabkabul, disanding, ditepung-tawar, dan disatukan. Eh, disatukan? Yang tu "Kawan" tak campur...Hihihi...
Kesimpulannya banyak juga benda yang disettlekan di rumah metua "kawan" semalam. Tinggal menunggu masa dan ketikanya sahaja. Yang pastinya selepas ini, peluh jantan pasti memercik, membasahi bumi yang selama ini kering kontang...
P/S : Terdetik juga di hati, ada ke rakan-rakan yang sudi bertandang, maklumlah cuti sekolah. Sudah pasti banyak urusan-urusan lain yang lebih penting untuk ditunaikan. Sekiranya sudi, kedatangan rakan-rakan sangat-sangatlah dialu-alukan. Kecil tapak tangan, benua Amerika "Kawan" tadahkan...
No comments:
Post a Comment