13 March 2009

Terbang Lagi...


1520H "Kawan" dijangka bergerak kembali ke rumah mentua di Bagan Datoh untuk majlis walimatul urus yang dijadualkan pada 15 Mac (Ahad). Kali ini kami pula akan menerima kunjungan daripada pihak pihak pengantin perempuan. Khabarnya konvoi akan disertai oleh 6 biji jellopy. Mungkin ada pertambahan disaat-saat akhir. Walau pun begitu, kami telah lama bersedia untuk menerima kunjungan rakan-rakan sama ada daripada pihak perempuan, rakan-rakan HAMS atau pun sesiapa saja.

Datang jangan tak datang kerana selepas ini, entah tahun bila pula akan berkenduri walimatul urus. Segalanya terserah kepada kententuan-NYA. Kita hanya mampu merancang sahaja. "Kawan" akan berada di sana sehingga hari Selasa kerana pada hari Rabu ada exam PTK pula di SMK Gunung Rapat. Nak kena menjawab soalanlah pula nie. Begitulah kehidupan ini yang penuh dengan exam...

P/S : Kenapa "Zero Fighter"? Sebab kecanggihannya yang melebihi pesawat-pesawat tempur negara barat yang lain. Kelajuannya menyebabkan peswat Amerika "makan asap" apabila berlakunya pertempuran "dog fight"... Alat komunikasinya? Tentulah lebih bagus pada era Perang Dunia Ke-2 jika dibandingkan dengan sistem komunikasi negara-negara lain...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .