
Mulai 1 - 30 April, "Kawan" akan menjalani Kurus PO di PUSWATAN, Ipoh, Perak. Kursus selama sebulan ini sudah pasti akan menguji fizikal dan juga mental. Kulit akan semakin gelap, pemikiran pula akan di"torture" agar mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul kelak. Insyaallah segalanya akan dihadapi dengan tabah.
Hari ini "Kawan" akan mula melapor diri bagi mengikuti kursus tersebut. Cuma "Kawan" berharap agar diberikan pelepasan sehingga hari esok (Khamis). Suatu lagi ujian getir perlu "Kawan" hadapi. Pada 0730H, esok "Kawan" perlu menghadiri interview kenaikan ke gred DG41. Akan tertekan juga kerana perlu menghadapi ujian getir ini sekali gus. Tetapi "Agi Idup, Agi Ngelaban"....
P/S : Baginilah kehidupan Kadang-kala sesuatu yang tidak kita duga akan berlaku dan terjadi dalam kehidupan kita. Segalanya perlu dihadapi walau bagaimana cara sekali pun. Bak kata Jurulatih KADAR "Kawan" dulu... "Sondol ajer cikgu, janji abis..."
2 comments:
Selamat menjalani kursus, semoga dapat DG41, Left..... Jaga diri baik2..9w2SOJ
walawei...
dg41 tu...
kalau tak silap tahap guru besau tu..
tahniah in advance...
SALUTE.....
Post a Comment