22 May 2009

Gempar !!! Naga di Bukit Bangkong...














"Kawan" bersama-sama dengan anak saudara dan haromonic sulung telah bergerak ke Tanah Hitam, Chemor bertujuan untuk melihat panorama alam di sekitar Bukit Bangkong. Laluannya tidaklah berada pada tahap sukar tetapi sudah cukup untuk menguji fizikal dan juga mental. Kelihatan ramai juga para pengunjung yang berbilang bangsa datang untuk beriadah sambil mengeluarkan peluh.

Kami tidak sempat tiba ke puncak tertinggi memandangkan kesuntukan waktu. Maklumlah pergi pun agak lewat sekitar jam 1800H. Mungkin pada Ahad ini, kami akan berkunjung lagi ke sana bagi menebus semula kekecewaan pada kenjungan yang pertama...

P/S : Terasa tenang apabila tiba di pondok yang ke-2. Dapat jugalah melihat kawasan Chemor dan sekitarnya. kita akan bertemu dengan seekor naga di kaki bukitnya, tak percaya lihat gambar di bawah...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .