10 May 2009

Lain Dirancang, Lain Pula yang Terlaksana...

Perancangan awalnya pada Jumaat lepas, "Kawan" bersama-sama rakan PUSAKO akan ke Perlis untuk XPDC Berbasikal Dari Padang Besar Ke Satun. Segalanya telah dipersiapkan. Borang kelulusan ke luar negara telah dihantar ke JPN Perak dan boader pas pula menanti masa untuk dicopkan.

Namun takdir Ilahi mengatasi segalanya apabila "Kawan" menerima panggilan telefon daripada abang ipar memberitahu bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan "Tirod".

Maka ber-"Malay Dilemma"lah "Kawan" sama ada hendak ke Utara atau pun ke Wilayah Tengah. Setelah kata sepakat dicapai dengan XYL, "Kawan" terpaksa membatalkan trip ke Perlis sebaliknya bergerak ke KL pada pagi sabtu. Apa nak buat, "Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan semuanya". Melepaslah peluang teman untuk bersama-sama rakan membuat kayuhan. Frust, tak tau la nak citer, maklum le entah bila pula program ini akan dibuat lagi...

Semasa perjalanan ke KL melalui Kuala Selangor, QSO dengan Cikgu Fauzi (9W2APH) dan Abg Shahril (9W2VSH) di V24. Terima kasih kepada Cikgu Fauzi ttg sebuah kedai makan di Kuala Selangor. Masakannya pun sedap dan harganya berpatutan. Selain itu, sempat juga "Kawan" bersama 9W2WDL ke Pantai Klang Medical Centre untuk menziarahi 9W2SLD (Abg Kamaruddin). Bertemu juga dengan beberapa rakan Hams seperti 9W2SHC (Shah), 9W2SJT (Jefri), 9W2SOW (Shawn) dan SWAL Wak Lan.

P/S : Kehidupan ini merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya. Hargailah semasa kita sihat, dan bermuhasabahlah sewaktu kita ditimpa penyakit kerana semuanya merupakan ujian kepada kita...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .