14 June 2009

Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu...

9W2CCO (Azmi)

9W2PQY (Zaini)

9W2VIO (Jai)

9W2JDC (Man)

Hebat-hebat juga rakan-rakan Ham Mersing apabila buat pertama kalinya "Kawan" dapat bertemu dengan mereka. Masing-masing tidak kekok untuk berbicara dan macam-macam kisah dapat dikongsi bersama. Bebagai-bagai program telah dirancang oleh mereka untuk mengembangkan lagi hobi ini. Paling menarik ialah idea untuk menubuhkan kelab komersil, bertujuan untuk menarik minat orang ramai dan melatih ahli-ahli baru tentang SOP semasa QSO. Semoga segala perancangan akan tercapai dan semangat perpaduan akan terus kekal.

P/S : Pertemuan di warung pau tu, mengingatkan "Kawan" akan kenangan-kenangan bersama rakan-rakan sekampung semasa "Form Six". Walau pun telah lama berlalu, segalanya masih terpahat disanubari dan akan menjadi kenangan selagi masih bernyawa di dunia ini...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .