12 June 2009

Tersangkutlah Pulak...


Selamat sampai di Kuala Lumpur. Biras dan kakak ipar "Kawan" mengajak kami bermalam di rumahnya di Bukit Aman. Alasan mereka supaya "Kawan" dapat melepaskan lelah setelah berjam-jam memandu. Besok sahajalah meneruskan perjalanan ke Ipoh. Itu pun selepas Jumaat. Punyalah puas melepaskan lelah tu, mahu kering-kontang terus. Alamatnya tersangkutlah kami di Kuala Lumpur untuk semalaman di sini...

QSO :
Ripeter Bukit Ibam :
9W2RZL (Rizal) dan 9W2BDM (Mie - Temerloh)

Ripeter Telapak Buruk :
9W2REV (Mazlan), 9W2TBD (Taib), 9W2TZE (Romzie) dan 9W2SHT (Zali)

P/S : Perjalanan yang jauh ibarat kehidupan di dunia. Banyak yang kita temui sepanjang perjalanan seperti pengalaman yang diperolehi selagi masih diberikan nyawa oleh-NYA...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .