06 June 2009

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari...


Terdapat dua jemputan kenduri yang bakal "Kawan" hadiri pada siang hari nanti. Pertamanya jemputan daripada bekas rakan sekerja di SK. Manjoi Dua dan keduanya pula jemputan daripada "Tokey" Kantin di saltmine "Kawan". Kedua-dua jemputan tersebut adalah majlis perkahwinan anak-anak masing. Walau pun berlainan lokasi, namun sebagai memenuhi undangan, Insyaallah kami sekeluarga akan hadir bagi menghabiskan segala juadah yang ada.

Selepas selesai menghadiri kedua-dua kendiri tersebut, "Kawan" sekeluarga akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Khabarnya adik ipar "Kawan" juga sudah mula teringin untuk makan nasi minyak sendiri. Sudah ada "clue" yang diberikan kepada keluarga. Suatu rombongan merisik dijadualkan akan dihantar pada malam ahad nanti. Kalau semuanya berjalan lancar, alamatnya tahun depan berkenduri besar lagi.

Ahadnya pula, "Kawan" sekeluarga akan meneruskan lagi perjalanan terus ke kampung halaman di Endau, Johor. Rindu untuk menatap wajah kedua ayahanda dan bonda. Rindu untuk menghirup udara segar dari Laut Cina Selatan. Rindu juga pada segala kenangan pahit dan manis semasa membesar di sana. Semoga perjalanan kali ini tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat keizinan-NYA...

P/S : Sepanjang perjalanan nanti, "Kawan" akan stand by di Calling Channel (V40). Tapi jika mendengar mana-mana jaluran yang ada penghuninya, "Kawan" akan join sama QSO. Boring juga drive sorang-sorang. Ingin juga teman berbual walau pun hanya di udara...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .