
Alhamdullillah, kami telah selamat sampai di Endau sekitar 1645H. Terasa sungguh nyaman apabila diri ini ditiup angin Laut China Selatan. Redup wajah ibunda yang menyambut ketibaan kami menyebabkan segala kepenatan akibat perjalanan jauh terus hilang daripada minda. Malam ini "Kawan" ingin berehat dahulu, hendak menikmati masakan ibunda sementara masih berpeluang dan berada di sini.
P/S : Seperti biasa Kak Miah (9W2BTU) menyambut audio "Kawan" di ripeter Bukit Ibam. Hilang terus perasaan mengantuk apabila dapat QSO. Sempat juga QSO dengan 9W2CNM (Cikgu Najib) semasa melalui pekan Kuala Rompin.



No comments:
Post a Comment