07 June 2009

Segarnya Plus 1...


Terasa lebih segar lagi apabila mendengar rakan-rakan radio amatur di kawasan Mersing telah mempunyai "local ripeter" sendiri. Audio yang senyap sunyi setiap kali berada di Endau sebelum ini telah riuh-rendah dengan QSO rakan-rakan. Daripada maklumat yang diperolehi Abang Rizal (9W2RIO) frekuansi yang digunakan ialah 147.950, minus 600 dan tone 103.5. Dapatlah juga berkenalan dengan Abang Jemain (9W2JSY) dan Abang Zaini (9W2PQY). Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan di Mersing yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek ripeter berkenaan.

P/S : Jika sempat Rabu nanti, "Kawan" akan ke Mersing. Nak mencari dan seterusnya membeli keropok lekor. Itulah buah tangan yang selalu kami bawa balik ke Ipoh sebagai juadah untuk jiran tetangga.

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .