Seksa menduduki RAE yang dialami oleh rakan-rakan SWAL pada petang tadi telah pun dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Jika "murah rezeki". lagi dua atau tiga bulan anda akan mempunyai callsign sendiri. Maka makin bertambahlah rakan-rakan Hams dan semakin riuh-rendah serta gegak-gempitalah jaluran apabila rakan-rakan baru QSO. Log book "Kawan" pun rasanya akan dipenuhi dengan callsign-calsign baru ini. Itu pun jika ditulis.
Apabila sudah bertambahnya callsign bermakna makin ramailah ahli. Kepala pun sudah berbagai-bagai jenis, walau pun rambut sama hitam. Mungkin ada segelintir yang akan menonjolkan diri sebagai "hero" walau pun cuma sebulan jagung. Akhirnya berlakulah perpecahan apabila yang lama enggan mengalah dan yang baru semakin menampakkan keegonya. Tidak kurang juga yang bercakap ikut sedap mulut. Konon-kononnya macamlah handal sangat walau pun dirinya tidak ubah macam "baboon".
Jika itulah yang berlaku tiada gunanya hobi ini kerana hubungan yang terjalin akan terlerai jua akhirnya. Semuanya disebabkan oleh sikap biadap kita sendiri...
P/S : "Kawan" teringat akan hasrat seorang rakan Hams yang sempat ditemui. Beliau ingin benar mendengar callsign 9W2BTH. Agak-agaknya ada yang berani ke...

3 comments:
skrg banyak perpecahan yg berlaku..rumusan anda di atas mmg tepat,jika di biarkan akan menular dan terus menular..akhirnye x jadi ape pon..huhu
teman lak nak tgk sapa berani pakai callsign 9W2FRJ n 9W2JBR....
Kita fikir yang baik aje, mudah2an niat betul.. yang baru ikut aje,jgn mandai2 dan berlagak pandai...ada yang terasa kot..Naikkan lagi PARTS,wujudkan biro2 aje, buat aktiviti sihat, byk persatuan@kelab akan rebut jawatan... ingatan untuk diri sendiri juga...
Post a Comment