Sudah lama "Kawan" tidak melukis kartun. Tiba-tiba semasa mengajar di kelas tadi, terlintas pula hendak melukis watak yang pernah dilukis suatu ketika dahulu. Bukannya apa sebagai suatu tarikan untuk murid-murid belajar penulisan
"Kawan" telah lama mengajar subjek Bahasa Melayu, hampir 12 tahun. Opsyen semasa di maktab perguruan pun dulu opsyen Pengajian Melayu.
Berbagai kerenah dan ragam murid yang ditemui. Ada yang mengambil berat dan ada juga yang buat tidak tahu tentang pelajaran ini. Semenjak PPSMI dilaksanakan di sekolah rendah. Peranan guru-guru BM seakan diketepikan. Jika ada pun cuma menjadi setiausaha sesuatu jawatankuasa tertentu sahaja.
Ramai juga yang bertukar opsyen lantaran mengajar mata pelajaran ini tidak menjanjikan elaun 10% seperti mana mata pelajaran Matematik dan Sains. Hal yang demikian menyebabkan BM terkulat-kulat sendirian.
Kita juga semakin bangga apabila melihat generasi baru bertutur di dalam Bahasa Inggeris sedangkan Bahasa Melayu kelihatan semakin "melayu" peranan dan fungsinya. Maklumlah era "globalisasi"...

P/S : Jika beginilah jawapan murid tu, mau cikgunya terus "gila meroyan". Maklumlah objektif pengajaran tidak kesampaian. Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa juga melambangkan Budaya Kita...

2 comments:
Pergh.....cantiknyer dia susun ayat......... itu murid melayu yang tahu menulis.... gamaknya kalau ler murid-murid sekolah teman.....walau ceritanya menarik tapi banyak salahnyer....
Lawalah... kartuntu... Ci buat yang berkaitan dengan RA. Rasanya belum ada lagi yang berbahasa Melayu ;) di sini.
Saya pun masih simpan satu watak yang dilukis oleh ex-student dalam memory card... Bukan sebarangan orang yang bersifat kreatif...
Post a Comment