.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Urusan peminangan untuk adik ipar last "Kawan" telah pun selesai. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Jika semuanya "beres", Insyaallah, tahun hadapan kami semua akan berkampung lagi di Bagan Pasir Laut untuk majlis perkahwinan beliau.
Maka banyaklah persiapan yang perlu dibuat dan dilaksanakan. Walau pun setahun, pejam celik-pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Tambahan pula jika "tuan empunya diri yang bertunang" cukup modal, lagilah cepat majlisnya dilangsungkan.
Tetapi yang pastinya bukan tahun ini kerana kami semua perlukan rehat yang secukupnya...
P/S : Pergerakan ke Kuala Lumpur kali ini tanpa QSO dengan mana-mana rakan. Jumpa jugalah beberapa "jellopy" yang berantena. Mungkin juga "Kawan" perlu mandi bunga untuk memulihkan semangat selepas ini agar virus malas memeggang PTT dapat dinyahkan...

1 comment:
Radio sebagai hobi, tapi kalau jalan jauh, teman berjaga daripada tidur...Kalau tak ngantuk dan x de modal monitor pun jadi la....Masih rajin pegang PTT, pagi2...
Post a Comment