Setelah trek "Botani Cross Country" berjaya dijelajahi, kali ini rakan-rakan basikal dari KPCT (Klebang Putra Cycling Team) mempelawa "Kawan" untuk mengikuti trek "Kg Kolam" yang terletak di Tanjung Rambutan.
Jika semalam "Kawan" diuji dengan trek Cross Country yang agak sederhana tapi kali ini cabarannya jelas bebeza. Trek "Kg Kolam" jauh lebih mencabar. Peringkat permulaannya diuji dengan kayuhan mendaki yang agak melampau.
Apabila bergabung pula dengan team basikal daripada Bercham yang terdiri daripada otai-otai dan hardcore termasuklah Major dan seorang lagi rakan semalam yang menjadi jurupandu di trek Botani, "Kawan" merasakan diri ini terlalu kerdil. Malu ada, tak tentu arah pun ada.
Peluh menitis sepanjang masa ditambah dengan gangguan agas dan nyamuk menjadikan kayuhan ini benar-benar menguji tahap kejantanan dalam diri. Tahap menuruni bukitnya pula membuatkan jantung berdenyut dengan agak pantas disebabkan perlu mengawal basikal daripada terjerumus ke lembah kehinaan (jurang).
Kesimpulannya kepuasan jelas terasa setelah selamat sampai ke sebuah gerai di tepi landasan keretapi. Tips yang diberikan oleh Abang Firdaus tentang teknik semasa menuruni bukit akan diamalkan selepas ini agar pengawalan basikal menjadi lebih mantap.
Limau suam menjadi pembasah tekak di samping menenangkan jiwa yang semakin bergelora untuk kembali ke trek tersebut suatu hari nanti.
Trek "Kampung Kolam", Tunggu...
Aku akan cabar kau lagi !!!
P/S : Untuk 9W2RKM dan 9W2NDB :
Jika semalam kita hanya menyaksikan Major berkayuh secara bersantai, kali ini siap terbang-terbang lagi. Dahsyat wooo... macam tak percaya seseorang yang berusia 58 tahun boleh buat aksi tersebut...

1 comment:
waah sonok ni
Post a Comment