18 July 2009

Memang Best...







Kuda-kuda kepang milik rakan-rakan Simpang Pulai.






Jika sebelum ini cuma makan nasi dengan kicap sahaja, hari ini "Kawan" berpeluang makan nasi dengan gulai, sambal belacan, tempoyak serta cencaluk. Ditambah dengan budu, aromanya sememangnya menyelerakan. Hanya yang mengalaminya sahaja akan mengalami keterujaannya.

Selepas ini apa tunggu lagi.

JOM LAYAN OFF ROAD PULAK !!!

P/S : Pengalaman bersama Abg Rakimi (9W2RKM) dan Abg Nizam (9W2NDB) serta rakan-rakan otai Simpang Pulai menjelajah trek "Botani Cross Country" merupakan pengalaman paling menarik. Paling penting ialah "Pegi Sama-sama, Kayuh Sama-sama dan Sampai pun Sama-sama. Tiada yang dahulu, tiada yang kemudian. Barulah berkayuh secara berkumpulan namanya...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .