10 July 2009

Mau Pulang Bah...










Program 1 Malaysia, "Indahnya Bandarayaku" telah pun selesai. Khabar terkini yang "Kawan" terima pada jam 0710H daripada ketua kontinjen Sabah. Mereka telah pun selamat tiba di "Negeri Di Bawah Bayu".

Mereka masih lagi transit di Kota Kinabalu dan akan menuju ke lokasi masing-masing pada jam 0930H.

Berbagai pengalaman menarik ditempuh sepanjang 4 hari program ini berlangsung. Cabaran-cabaran yang dihadapi telah berjaya kami tempuhi dengan jayanya.

"Kawan" juga sempat merakamkan beberapa alatan komunikasi yang dilihat semasa melawat ke sesuatu tempat. Antaranya ialah semasa di Pengkalan TLDM dan di Kompleks Sejarah Matang Kota Ngah Ibrahim.

Berkemungkinan Siri Ke-2 program ini akan berlangsung pada 17 - 20 Ogos nanti. Sekiranya dipanggil dan tiada komitmen dengan program lain, Insyaallah "Kawan" akan menyertainya...

P/S : Tergaman juga "Kawan" apabila rakan-rakan Sabah mengunakan panggilan "tuan". Rupanya di sana merupakan suatu kebiasaan, kalau di tempat kita "tuan" digunakan untuk mereka yang berpangkat besor...

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Ehem..... "Indahnya Bandarayaku" ;) .... at least dapat jugak ikut jalan-jalan. Kak Yong tak sempat nak ikut pun... dok sibuk menghantar dan mengurus peserta berjalan....

Pijul said...

Hihihi... Terbalik la pulak rupa2nya. "Kawan" mabuk makan durian yang dijamu oleh guru-guru pengiring Sabah la Kak Yong...
Thanks atas teguran

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .