23 August 2009

Program Demi Program...

Program Kurikular Bajet Mini "Indahnya Bandarayaku Siri 2/2009".


















Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah pedalaman. Sebanyak 9 buah negeri yang terlibat dengan jumlah peserta seramai 720 orang murid dan 80 orang guru pengiring. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Geleri Sultan Azlan Shah, Pusat Kraftangan Enggor, Universiti Teknologi Petronas, Stadium Perak, Stadium Hoki, Muzium Perak dan The Lost World Of Tambun. Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid luar bandar dengan kehidupan dan fenomena bandar masa kini.

Walau pun terdapat beberapa "eksiden ngeri" di mana murid-murid orang asli telah "tut" di Taman Tema Air, namun murid-murid termasuk guru-guru pengiring kelihatan gembira dan berpuas hati. Khabarnya selepas ini akan diadakan program "Indahnya Negeriku" yang hanya melibatkan murid-murid pedalaman di Perak sahaja. Mungkin pada bulan November...

P/S : Tahniah kepada PUSAT KoKurikulum Perak dan para jurulatih yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan program ini suatu realiti. Cuma "Kawan" agak terkilan dengan berberapa perkara. Rasanya dalam era globalisasi ini sikap-sikap sedemikian sewajarnya tidak wujud. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu bergelar ...

No comments:

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .