26 August 2009

Program Demi Program...

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 Peringkat Sekolah (Jumaat- 21 Ogos 2009)



Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 di sekolah "Kawan" telah diadakan pada 21 Ogos 2009. Ianya diadakan lebih awal kerana menghormati kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Kurang manis pula sekiranya acara ini diadakan selepas berakhirnya cuti persekolahan kerana sudah pasti dendangan lagu-lagu patriotik mengisi suasana sambutan.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan beberapa acara lain. Kemuncak majlis tersebut ialah ucapan daripada Tuan Haji Zulkapli yang merupakan pesara Skuad 69 Pasukan Polis Hutan, Hulu Kinta. Beliau telah menceritakan pengalaman semasa menjalani operasi memburu Komunis di perbatasan negara. Terharu juga mendengar pengalaman-pengalaman yang diceritakan. Terasa betapa bersyukurnya dapat hidup di dalam negara yang aman dan damai.

P/S : Apabila melihat gelagat murid-murid "Kawan" yang gagal memberikan perhatian terhadap apa yang diceritakan oleh penceramah jemputan. Terdetik di hati ini, adakan anak didikku semakin hilang kesopanan dan kencintaan terhadap bangsa mereka sendiri. Apakah mereka terus melayu, hanyut ditenggelamkan keseronokan dunia moden....

2 comments:

Anonymous said...

Tak tau lagi saltmine teman,kalau nyanyi negaraku dan Perak, muzik yg nyanyi, pelajar pun bising...

Pijul said...

Hihihi...
1 Malaysia, Cikgu Shahori...

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .