10 September 2009

Sempat ke tak nie...


Informasi daripada 9W2DFA, malam Sabtu ini ada kayuhan di Sri Iskandar. Bermula jam 2200H. Nampak gayanya "Kawan" kena buat peyusunan masa agar dapat menyertai kayuhan tersebut. Kalau diikutkan rutin sepanjang Ramadhan tahun ini macam tidak berkesempatan. Sesuatu perlu dilakukan sekirannya "Kawan" ingin menyertainya. Rindu juga untuk berkayuh bersama rakan-rakan kerana sudah lama "Kawan" asyik terlepas beberapa aktiviti kayuhan yang dibuat sebelum ini. Bimbang juga selepas ini "Kawan" dilupai oleh mereka semua.

Huhuhu...

P/S : Thanks untuk 9W2DFA atas informasi tersebut. "Kawan" akan cuba susun jadual sebaik mungkin agar tidak kerugian kedua-duanya...

1 comment:

krskintaselatan said...

apa susah jul, sembahyang bt gajah perdana la, lepas tu kita kayuh, teman pun kena pi juga sebab, minggu depan dah balik johor...9W2SOJ

Siapa Anda???

SALAM PERKENALAN - SALAM PERSAHABATAN

Berasal dari Endau, Johor Darul Takzim . Merantau ke Perak pada bulan Disember 1994 , setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ipoh (kini Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh) . Telah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang cahaya mata .

Blog ini berjaya dijelmakan pada 20 November 2007 tepat jam 0930 semasa "aku" berkursus ICT di SK Dato Panglima Kinta , Ipoh, Perak . Bertepatan dengan tajuk yang diajarkan "aku" mengambil peluang untuk merealisasikan blog peribadi sendiri .

Hanya pada 17 April 2011 , aku membuat perubahan pada "URL"nya . "URL" lama telah digantikan kepada pijul09 . blogspot . com . Imej dan isi kandungannya tetap sama .

Blog ini diumpamakan sebuah diari . Di sini "aku" dapat bercerita tentang aktiviti seharian disamping mengutarakan pendapat serta pandanganku .

Semoga tiada sesiapa yang mempersoalkan isi kandungan blog ini dan menerima seadanya . Walau bagaimana pun segala sokongan dan teguran yang membina daripada rakan-rakan sangatlah diharapkan agar blog ini menjadi semakin mantap dari sehari ke sehari .

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjengah ke "suatu sudut kecil" yang tidak seberapa ini . Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Wassalam ... Adios ... Amigos ...

Pijul,
Ipoh , Perak .